Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Madu

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Madu
  • Gula merah
  • Sos/tomato puree
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  • Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  • Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  • Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN