kulit ayam kfc

Pasti ramai yang suka makan kulit ayam rangup yang sering dijual di pasar malam kan? Baru-baru ini juga tular di media sosial berkenaan kulit ayam KFC yang merupakan menu baru keluaran restoran tersebut.

Mungkin ramai yang anggap tidak berapa sihat dan tidak elok jika sering memakan kulit ayam. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri kulit ayam rangup di rumah tanpa menggunakan kulit ayam, tapi rasanya tetap sama!

Kalau tak guna kulit ayam, guna apa? Haa, kalau nak tahu jom sama-sama lihat resipi perkongsian oleh Puan Siti Zalikha di bawah.

Cara Buat Kulit Ayam KFC Tanpa Guna Kulit Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Sedikit secukup rasa
  • Sedikit cili flakes
  • Tepung bestari

Cara-cara:

1. Satukan telur, secukup rasa dan cili flakes di dalam mangkuk. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.

2. Guna pan seperti ini untuk gorengkan telur ini. Lagi nipis lagi bagus.

3. Celupkan telur yang sudah digoreng tadi dengan tepung bistari dan celupkan dengan air kemudian celupkan semula dengan tepung bistari.

kulit ayam kfc

4. Goreng dengan minyak menggunakan api sederhana.

5. Siap! Rupa macam kulit ayam kan? Rasa sedap sangat!

kulit ayam kfc

Kredit resipi & gambar: Puan Siti Zalikha, @AffiqKimiLer