Selalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KENGSOM IKAN SIAKAP

Selalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 1 labu bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 biji cili hidup

  • 2 biji cili Melaka

  • 1 ketul belacan

  • 1 inci kunyit hidup

  • *Kisar semua bahan di atas

BAHAN B
  • 1 ekor ikan siakap

  • 2 batang serai

  • 1/2 ikat kangkung

  • 1/4 biji nenas

  • Asam jawa/limau nipis

  • Garam dan gula secukup rasa

Kredit: Nuur Syuhada

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih.

  • Masukkan serai yang dititik dan juga nenas.

  • Masukkan ikan siakap, garam dan gula secukupnya. Perahkan limau nipis.

  • Masukkan kangkung dan tutup api. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.