PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-03 04:32:10

Siapa je tak kenal buah durian ni? "King of fruits" kata orang putih. buah durian ni yang kalau bawak balik, satu rumah boleh bau. So persoalan dia sekarang, macam mana kita nak simpan buah durian ni so dia tahan lama and still rasa sedap? Haa jom kita baca tips ni!

1. Simpan Di Kawasan "Room Temperature"

Photo Credit: scmp.com

Ni untuk durian yang belum dibuka tau! Haa, jangan silap pulak. Nanti kang dah busuk salahkan Admin. Durian yang dah matang tu seelok-eloknya simpan tak melebihi dua hari sebab kalau lebih takut jadi terlalu matang. So rasa dia pun nanti tak sama lah. So kena alert lah. Jangan terlupa pulak. Bukan senang pun nak lupa. Bau durian tu punya lah kuat, takkan tak perasan.

2. Pisahkan Isi Dengan Biji

Photo Credit: yearofthedurian.com

Durian yang dah dibuka pulak, kalau korang rasa nak makan nanti, pisahkan isi dengan biji dulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dan seterusnya dimasukkan ke dalam freezer. Bukan sahaja kualiti durian itu terjaga, tapi ia juga akan pastikan aroma durian tu tak tersebar ke makanan lain.

3. Awasi Durian Yang Telah Dibuka

Photo Credit: thejakartapost.com

Apabila korang dah bukak durian dan dipisahkan biji dia dengan isi, pastikan korang tak biarkan durian tu di luar lebih dari satu jam. Ini akan memberi kesan kepada rasa dia. Bukan sahaja akan jadi busuk, udara luar pun boleh memberi kesan kepada rasa dan kualiti dia. Mungkin durian itu ada rasa lain atau masam setelah di luar lebih dari satu jam.

4. Jaga Suhu Freezer

Photo Credit: chron.com

Korang ingat dah campak dalam freezer dah settle? Suhu freezer tu macam mana pulak? Suhu ideal untuk durian ialah -15 hingga -20 darjah celcius. Tujuannya adalah untuk pastikan kualiti isi durian itu terjaga walaupun tanpa kulit tebal dan tajamnya. Dia mungkin takkan busuk tapi rasa dia akan lain. Tak sedap lah kiranya.

5. Tips Bawa Durian Ke Luar

Photo Credit: flickr.com

Mungkin korang nak bagi durian waktu melawat kawan-kawan atau keluarga tapi tak tahu macam mana nak membawanya? Korang boleh guna cooler box atau styrofoam box. Jangan lupa juga untuk balut durian itu menggunakan plastik wrapping yang tebal so bau atau aroma durian tidak terjejas apabila dalam kereta atau tengah panas.

Susah kan nak jaga durian ni? Tak pe admin dah cuba tolong sedikit sebanyak. Mungkin kalau nak buka durian tu pastikan mampu habis lah. Kalau tak, simpan dulu tunggu orang lain juga yang nak makan. Harap-harap durian korang selamat dan tahan lama!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN