Resipi dan masakan harian keluarga… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Asam Pedas Kurau Kering™

Resipi dan masakan harian keluarga… :)

BAHAN-BAHAN

  • 250g – 300g ikan kurau kering (campuran isi dan tulang ikan kering yang telah dipotong kecil)
  • 25 tangkai cili kering* – gunting2 dan direbus lembut
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • sehiris halia*
  • sedikit belacan*
  • 1 sk lada hitam* (opt) – (Kisar bahan2 bertanda * hingga halus)
  • 1 sb asam jawa + air, dijadikan air asam secukupnya
  • garam(opt),gula dan perasa secukupnya
  • sayur terung – dikerat dan belah 2 atau 4
  • tomato buah – dipotong baji
  • BAHAN TUMIS :-
  • 4-5 ulas bawang merah – hiris halus
  • 2 ulas bawang putih – hiris halus
  • 1 sk halba
  • secukup minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan kering dicuci bersih dan rendam seketika sementara menyediakan bahan2.
  • Panaskan secukup minyak masak dan masukkan bahan tumis dan kacau hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan2 yang dikisar halus, kacau rata dan biar masak hingga terbit minyak.
  • Masukkan pula ikan kering,kacau sambil dimasukkan secukup air asam dan masak hingga mendidih baru dibubuh sedikit gula atau perasa dan secubit garam jika perlu.
  • Kecilkan api dan masukkan terung dan biarkan sehingga terung lembut dan masukkan pula tomato dan biarkan merenih seketika hingga kelihatan minyak terbit semula.
  • Enak dimakan dengan nasi panas dan digandingkan dengan lauk sampingan sederhana seperti tempoyak,telur dadar/omelette dan berulamkan timun… :)
  • Asam pedas kurau kering ini seeloknya dimasak malam dan sedap dimakan keesokkan harinya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN