PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Siapa penggemar dessert coklat memang sesuai sangat la untuk cuba buat dessert ni. Chocolate mousse ni sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut untuk di hidangkan di majlis istimewa seperti majlis kahwin, harijadi dan sebagainya.  Ianya boleh dimakan terus selepas dibuat atau semasa sejuk. Rasanya seperti aiskrim yang sangat lembut dan sangat sedap!

Chocolate mousse trifle ni hanya menggunakan 3 bahan dan sangat mudah untuk menyediakannya. Apa lagi, penggemar coklat di luar sana, jom cuba!

Bahan-bahan

  • 10 keping oreo 
  • 100 gram coklat
  • 300 gram whipped heavy cream

Cara-cara

  • Hancurkan oreo di dalam zip lock bag
  • Pindahkan biskut oreo yang telah hancur didalam mangkuk
  • Potong semi sweet chocolate secara halus
  • Cairkan coklat dan tuang whipped cream sebanyak 50ml. Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan lebihan whipped cream kedalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer
  • Pastikan whipped cream digaul sehingga lembut.
  • Campurkan whipped cream dengan coklat yang telah cair
  • Gaulkan coklat dengan whipped cream sehingga sebati
  • Masukkan whipped cream dan chocolate kedalam filling bag
  • Letakkan oreo didalam gelas bersama coklat dan whipped cream secara lapisan
  • Chocolate mousse trifle sedia dihidang atau chill kan untuk 2-3 jam sebelum di hidang