Pernah tak tengok menu Tteokbokki dalam drama Korea? Tteokbokki ialah snek Korea yang sangat popular. Ianya dibuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.
Untuk membuat kek beras hanya perlu menggunakan tepung beras yang biasa kita guna. Bahan untuk sos juga senang untuk ditemui dan mudah untuk dibuat.
Nak cuba buat sendiri Tteokbokki di rumah? Lihat resipi lengkap langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Tteokbokki Halal
Bahan kek beras:
-
1 cawan penuh membukit tepung beras pulut
-
Setengah sudu kecil garam dan air secukupnya
Cara buat kek beras:
1. Dalam mangkuk, satukan bahan di atas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
3. Tabur tepung beras pulut diatas pelapik. Kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.
4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap dibentuk lalu rebus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.
Bahan untuk sos:
-
3 biji bawang merah kecil
-
3 ulas bawang putih
-
1 sudu kecil lada hitam
Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat.
-
2 sudu besar sos cili
-
1 sudu besar sos tiram
-
4 sudu besar cili pes gochujang
-
1 sudu besar serbuk cili
-
1 sudu kecil serbuk lada putih
-
1 sudu kecil minyak bijan
-
1 sudu kecil penuh bijan putih
-
1 sudu besar cuka
-
1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa
-
Air secukupnya
-
1 keping cheese (optional)
-
Sedikit daun bawang
Cara membuat sos:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan SOS satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.
3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta rice cake yang telah siap dibuat awal tadi.
4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.
5. Hiaskan dengan daun bawang, telur rebus dan seaweed.
Nota: Kalau suka pedas boleh tambah perencah ramen. Untuk isi boleh tambah fucuk goreng, telur rebus dan hot dog.
Kredit: Aisyah Humaira