Categories: Resipi

Resipi Sup Ketam Yang Menyegarkan, Hirup Panas-Panas Terus Rasa Lega Bila Demam & Selsema!

Kalau ada ketam segar di rumah, apa kata cuba buat resipi sup ketam yang ringkas ini. Tak perlu bahan yang banyak, cukup dengan bawang, halia, rempah sup dan kentang untuk hasilkan kuah yang wangi dan sedap.

Cara masaknya pun memang jenis campak-campak saja. Tumis bahan, masukkan air dan kentang, kemudian masukkan ketam dan biarkan semuanya mereneh hingga masak. Mudah sangat nak buat walaupun tak biasa masuk dapur.

Kuah sup yang panas dengan rasa manis daripada ketam memang sedap dimakan bersama nasi putih. Kalau tekak terasa nak makan hidangan berkuah, resipi ini memang boleh masuk dalam senarai menu hari ini.

Baca juga: Sup Ikan Merah Resepi Mudah, Rahsia Kuah Jernih Masam Pedas Sampai Hirup Licin Mangkuk

RESIPI SUP KETAM

Bahan-bahan:

  • Ketam secukupnya (dibersihkan)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup
  • 2 biji ubi kentang (dikupas dan dipotong)
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun sup (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris sehingga sedikit garing dan naik bau.
  2. Masukkan satu sudu besar serbuk rempah sup. Kacau seketika supaya rempah sebati dengan bahan tumisan.
  3. Tuangkan air secukupnya, kemudian masukkan ubi kentang. Kacau dan biarkan sup mendidih.
  4. Tutup periuk dan biarkan sup mendidih sehingga ubi kentang mula empuk.
  5. Selepas itu, masukkan ketam yang telah dibersihkan. Tutup periuk semula dan biarkan sup mereneh selama kira-kira 5 minit sehingga ketam masak.
  6. Perasakan sup dengan garam dan perasa secukupnya mengikut citarasa.
  7. Tutup api dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
  8. Siap! Hidangkan sup ketam panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Cma Isma

Baca juga: Resepi Tom Kha Gai, Sup Ayam Thai Berkuah Santan Yang Lemak Masam Dan Wangi Herba!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago