resepi tom kha gai

Resepi tom kha gai semakin menjadi pilihan ramai pencinta masakan Thai kerana menawarkan gabungan rasa yang cukup unik. Kuahnya yang berasaskan santan memberikan rasa lemak berkrim, dipadankan dengan masam daripada limau nipis serta aroma herba seperti lengkuas, serai dan daun limau purut yang begitu menyelerakan.

Menerusi perkongsian oleh Alia Farhan Said di Facebook, ramai mula mengenali keistimewaan sup tradisional Thailand ini. Walaupun sering dibandingkan dengan tom yum, Tom Kha Gai sebenarnya mempunyai identiti tersendiri yang lebih lembut, berkrim dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Air Cha Bang Ang Viral Dari Thailand, Minuman Manis & Sejuk Mudah Untuk Berbuka Puasa

RESEPI TOM KHA GAI

resepi tom kha gai

Bahan-bahan:

  • 500 gram isi ayam (dipotong kecil)
  • 400 ml santan
  • 2 cawan air atau stok ayam
  • 8–10 hirisan lengkuas
  • 2 batang serai (dititik)
  • 4–5 helai daun limau purut
  • 150 gram cendawan butang atau cendawan tiram
  • 5–10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 2–3 sudu besar sos ikan
  • 2–3 sudu besar jus limau nipis
  • Daun ketumbar (hiasan)

Cara-cara Penyediaan:

1. Didihkan air atau stok ayam bersama hirisan lengkuas, serai dan daun limau purut sehingga naik aroma herba.

2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga hampir masak.

3. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah.

4. Masukkan cendawan dan cili padi, kemudian biarkan seketika sehingga cendawan lembut.

5. Perasakan dengan sos ikan mengikut cita rasa.

6. Tutup api sebelum memasukkan jus limau nipis agar rasa masamnya lebih segar.

7. Taburkan daun ketumbar dan hidangkan ketika masih panas.

Tips

  • Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan berkrim.
  • Jangan biarkan kuah mendidih terlalu kuat selepas santan dimasukkan bagi mengelakkan santan pecah.
  • Jus limau nipis sebaiknya dimasukkan selepas api ditutup supaya aroma dan rasa segarnya kekal.
  • Jika sukakan rasa yang lebih pedas, tambahkan cili padi mengikut citarasa.
  • Hidangkan bersama nasi putih panas untuk menikmati gabungan rasa yang lebih lengkap.

Tom Kha Gai sememangnya berbeza daripada tom yum kerana kuahnya lebih berkrim hasil penggunaan santan. Gabungan rasa lemak, masam, sedikit pedas dan haruman herba menjadikan hidangan ini antara sup Thai yang paling digemari di seluruh dunia. Jika anda ingin mencuba menu Thai yang mudah tetapi penuh dengan rasa, resipi ini sememangnya berbaloi untuk dicuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Alia Farhan Said

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Pembantu Rumah Ajar Masak Tomyam Udang, Resipi Padu Dari Thailand

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN