
Petua simpan daun sup ini pasti ramai suka kerana ia antara bahan wajib dalam dapur orang kita. Tak kisah masak sup ayam atau bihun sup, bau dan rasa daun sup memang buat masakan jadi lebih sedap. Tapi masalah biasa berlaku, baru beli beberapa hari dah mula layu dan tak segar.
Kalau selalu alami benda ni, sebenarnya ada cara mudah yang ramai dah cuba dan hasilnya memang mengejutkan. Daun sup boleh kekal segar lebih lama, malah siap tumbuh pucuk baru kalau kena cara yang betul.
Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!
Petua Simpan Daun Sup Supaya Kekal Segar

Kaedah ini sangat simple dan tak perlukan bahan rumit. Yang penting kena jaga air dan akar daun sup sahaja. Cara-caranya:
- Basuh dulu daun sup seperti biasa untuk buang kotoran.
- Sediakan bekas berisi air.
- Letakkan daun sup dalam bekas tersebut. Pastikan hanya bahagian akar sahaja yang terkena air. Batang jangan sampai terendam.
Kalau dah cuba tapi daun sup masih cepat rosak, mungkin kerana beberapa faktor ini:
- Akar daun sup terlalu pendek atau belum kuat
- Air tidak cukup bersih atau jarang ditukar
- Daun sup memang sudah terlalu lama sebelum disimpan
Perlu Tukar Air atau Tutup Bekas?

Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada perlu tukar air atau tutup bekas dengan plastik.
Berdasarkan pengalaman, cara ini tidak dilakukan setiap hari. Tapi kalau ikut petua orang lain:
- Air boleh ditukar setiap 2–3 hari sekali jika mahu lebih bersih
- Bekas boleh ditutup plastik, tapi bukan wajib
Cara ini juga boleh digunakan untuk daun bawang dan daun ketumbar, cuma hasil mungkin berbeza ikut keadaan akar dan kesegaran awal daun tersebut.
Tips Tambahan Untuk Lebih Tahan Lama
Ada juga yang berkongsi, kalau guna kaedah hidroponik atau tambah baja air khas, daun sup boleh tahan lebih lama, sampai berbulan-bulan. Tapi itu sudah masuk cara penanaman, bukan sekadar simpan biasa.
Kalau rasa frozen lebih mudah, itu juga pilihan yang bagus. Cuma memang sedikit leceh sebab kena potong dan simpan siap-siap.
Sumber: Thread @aisy.soraya
Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














