sup ayam sihat

Selalu kita ingat kalau buat sup ayam kena tumis dulu baru sedap sebab ada aroma dia, tapi sebenarnya kalau tanpa minyak dan tanpa tumis pun sedap sebab minyak dari ayam akan keluar sendiri dan beri cukup rasa. Sup ayam sihat macam ni sangat sesuai untuk anda yang tengah diet.

Jangan lupa buat lebih ya, risau ada ahli keluarga lain yang terliur walaupun ini sup ayam untuk diet. Sebab bila dah hirup kuah tu memang akan jadi berselera. Jom lihat resipinya di bawah.

Resipi popular: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!

CARA BUAT SUP AYAM SIHAT TANPA GUNA MINYAK

Bahan-bahan:

  • Ayam – dipotong kecil
  • Bawang putih 3 atau 4 ulas – diketuk
  • Halia 2 inci – diketuk
  • Ketang
  • Karrot
  • Batang saderi
  • Daun bawang – ambil batang saja dan hiris kasar
  • Lada hitam 1 sudu kecil – ditumbuk kasar
  • Kiub ayam
  • Garam

Bahan hiasan:

  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan ayam dalam periuk.

sup ayam sihat

2. Masukkan semua bahan.

3. Kemudian masukkan air secukupnya.

sup ayam sihat

4. Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Siap!

sup ayam sihat

Kredit: Rahiza Abd Rahim

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN