resepi rendang daging simple

Pertama kali nak cuba masak rendang? Ikut saja resepi rendang daging simple ini. Tak rumit buat mereka yang tidak pernah memasaknya.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, jom kita cuba resipi yang dikongsikan Liza Idris ini. Sangat mudah untuk dibuat. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama

RESEPI RENDANG DAGING SIMPLE

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai

Bahan lain:

  • 500grm daging lembu
  • 1/2 kotak santan
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar dipotong halus
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 helai daun kunyit
  • Asam keping

Cara memasak:

1. Sangai biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai sehingga naik bau. Sepatutnya guna jintan tu jenis biji, kalau tak ada boleh guna jenis serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ini tips rendang lagi sedap. Minyak banyak pun tak apa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak.

3. Masuk bahan kisar dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Bahan kisar tu boleh kisar dengan cili kering sekaligus.

4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Daging boleh rebus dulu kalau tak nak liat, tak nak rebus dulu pun boleh.

resepi rendang daging simple

5. Masukkan rempah yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Masuk daun limau purut serta daun limau purut yang sudah diramas.

6. Letakkan asam keping. Masukkan 2 keping dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi.

7. Bila daging dah lembut, masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau sehingga mesra.

8. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.

resepi rendang daging simple

9. Selamat mencuba!

resepi rendang daging simple

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN