Sup ABC amat digemari dalam setiap kalangan bangsa Cina. Sup ini sangat menyihatkan, sangat mudah untuk dimasak serta diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah didapati.
Sangat sesuai untuk anak-anak kecil yang tidak boleh makan pedas. Hirup panas-panas dalam cuaca hujan lagi nikmat.
Ada yang nak cuba ke? Jom lihat resipi perkongsian oleh Naomy Chow di bawah. Kalau dah kering idea nak masak apa untuk masak tengahari, boleh cuba masak resipi ini.
Resipi Sup ABC Yang Mudah, Sihat & Sedap
Bahan-bahan:
- Ayam(saya pakai bahagian dada ayam)
- Jagung
- Tomato
- Bawang besar
- Lobak merah
- Ubi kentang
- Buah merah/kurma merah
- Goji/gei ji
- Garam
- Air
Cara-cara:
1. Campur semua bahan, kemudian rebus dalam 1:15 -1:30 minit. Siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Naomy Chow