Mesti ramai yang tak pernah tengok orang buat suhun goreng ni kan? Mudah saja resipi suhun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera tak salah kan.
Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suhun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.
1. Tumiskan hirisan bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap.
2. Masukkan telur, goreng hancur. Masukkan juga kiub bilis, kemudian sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.
3. Seterusnya masukkan carrot, cili merah dan tomato. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api potong.
4. Masukkan suhun yang sudah direndam (jangan rendam lama dan air jangan banyak).
5. Goreng sebati semua bahan. Perasakan dengan garam sedikit dan gula secukupnya. Akhir sekali taburkan daun bawang dan boleh letak taugeh jika suka. Selamat mencuba!
Kredit: Nasriah Ramli
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…
Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis…