Categories: Resipi

Resipi Sotong Masak Hitam Ini Ada Peminatnya, Kena Buat Macam INI Baru Sedap & Tak Liat

Resipi sotong masak hitam antara menu yang terkenal di beberapa negeri di Malaysia dan juga Singapura. Keistimewaan menu ini terletak pada rasa asli dakwat sotong yang memberikan warna hitam pekat serta rasa yang unik.

Walaupun nampak ringkas, sotong masak hitam sebenarnya ada teknik memasak tersendiri. Jika tersalah cara, sotong boleh menjadi liat dan kurang sedap. Sebab itu penting untuk masak dalam tempoh yang teretentu supaya teksturnya kekal lembut dan berjus.

Dengan resipi yang mudah ini, anda tak perlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Sesuai untuk menu harian, resipi ini memang cepat disediakan dan boleh jadi penyelamat bila tak ada idea nak masak apa.

Baca juga: Resipi Sotong Sumbat Percik Yang Padat Dengan Inti, Memang Puas Makan!

RESIPI SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan:

  • Sotong yang telah dibersihkan bersama dakwat sotong yang diasingkan secukupnya
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada
  • Sedikit halia
  • Sos tiram
  • Garam dan perasa
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris semua bahan tumisan seperti bawang besar, bawang putih, lada dan halia. Jika suka pedas, boleh lebihkan lada kerana rasanya lebih sedap bila pedas.
  2. Tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan agak layu.
  3. Masukkan sotong bersama dakwat sotong, kemudian taburkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata.
  4. Tambahkan sos tiram, garam dan perasa secukup rasa.
  5. Masak seketika sahaja dan jangan terlalu lama supaya sotong tidak menjadi liat.

Sumber: RJ Nina

Baca juga: Resipi Paprik Sotong Sedap, Masak Ikut Cara Ini Confirm Tak Order Dekat Kedai Dah!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

14 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

14 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

14 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

16 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

16 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

17 hours ago