
Resipi sotong masak hitam antara menu yang terkenal di beberapa negeri di Malaysia dan juga Singapura. Keistimewaan menu ini terletak pada rasa asli dakwat sotong yang memberikan warna hitam pekat serta rasa yang unik.
Walaupun nampak ringkas, sotong masak hitam sebenarnya ada teknik memasak tersendiri. Jika tersalah cara, sotong boleh menjadi liat dan kurang sedap. Sebab itu penting untuk masak dalam tempoh yang teretentu supaya teksturnya kekal lembut dan berjus.
Dengan resipi yang mudah ini, anda tak perlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Sesuai untuk menu harian, resipi ini memang cepat disediakan dan boleh jadi penyelamat bila tak ada idea nak masak apa.
Baca juga: Resipi Sotong Sumbat Percik Yang Padat Dengan Inti, Memang Puas Makan!
RESIPI SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan:
- Sotong yang telah dibersihkan bersama dakwat sotong yang diasingkan secukupnya
- Bawang besar
- Bawang putih
- Lada
- Sedikit halia
- Sos tiram
- Garam dan perasa
- Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara penyediaan:
- Hiris semua bahan tumisan seperti bawang besar, bawang putih, lada dan halia. Jika suka pedas, boleh lebihkan lada kerana rasanya lebih sedap bila pedas.
- Tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan agak layu.
- Masukkan sotong bersama dakwat sotong, kemudian taburkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata.
- Tambahkan sos tiram, garam dan perasa secukup rasa.
- Masak seketika sahaja dan jangan terlalu lama supaya sotong tidak menjadi liat.
Sumber: RJ Nina
Baca juga: Resipi Paprik Sotong Sedap, Masak Ikut Cara Ini Confirm Tak Order Dekat Kedai Dah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














