sotong sumbat percik

Kalau anda peminat sotong, resipi sotong sumbat percik ini memang wajib cuba. Selalunya kalau makan di kedai, menu sotong memang agak mahal. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati sebab boleh pilih sotong yang besar.

Kelebihan buat sendiri sotong sumbat percik ialah anda boleh ubah suai bahan sumbat mengikut citarasa. Ada ayam cincang, telur, bawang dan lobak merah yang menjadikan setiap gigitan terasa lebih enak.

Sotong yang dipanggang pula mengeluarkan air manis semula jadi, bila disapu dengan kuah percik, rasanya jadi lebih padu! Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat sotong sumbat percik yang mudah ini.

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ringkas Tapi Padu, Kena Buat Cara Ini Baru Lembut & Tak Liat!

RESEPI SOTONG SUMBAT PERCIK

sotong sumbat percik

Bahan-bahan sotong sumbat:

  • 2 ekor sotong saiz besar (basuh dan toskan)

Bahan untuk sumbat:

  • 3 biji telur
  • Isi dada ayam cincang (lagi banyak, lagi terasa macam telur sotong asli)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang merah (dimayang)
  • Sedikit lobak merah (cincang halus)
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit garam

Cara-cara buat sotong sumbat:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan isi ayam, lobak merah, serbuk perasa dan garam. Gaul hingga isi ayam masak.
  3. Pukul telur, tuangkan ke dalam bahan tumis. Masak seperti telur dadar kemudian hancurkan.
  4. Bila sejuk, sumbat ke dalam sotong. Masukkan kepala sotong sekali dan cucuk dengan lidi.

Bahan-bahan kuah percik:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 sudu cili kisar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 ketul gula kabung
  • Sedikit garam
  • Santan kotak
  • Sedikit jintan manis

Cara-cara buat kuah percik:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan serai.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan cili kisar.
  3. Masukkan serbuk kunyit, gula kabung dan garam. Kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan santan dan masak hingga pecah minyak. Boleh tambah gula jika suka.

Cara memasak sotong percik:

  1. Bakar sotong dalam frying pan atau pemanggang ajaib. Air sotong akan keluar, terbalikkan sehingga hampir kering.
  2. Kelar sotong, kemudian sapu kuah percik. Masak hingga kuah kering dan terbit minyak.
  3. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Bawang Putih Telur Masin, Rangupnya Memang ‘Next Level’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN