Pening dah nak masak apa untuk makan hari ini? Kami akan kongsi resipi sambal udang yang pekat serta udang juicy dan tidak kecut bila masak!
Tambahan lagi, resipi dari Cik Puan Hurun’Iin Malik ini sering mendapat pujian, malah ada yang meminta beliau kongsikan rahsia kesedapannya.
Nak cuba sedap ke tidak, jom kita tengok resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Jom Buat ‘Nutella Bites’ Guna 2 Bahan Ini Je, Pencuci Mulut Paling Mudah!
RESIPI SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
- 700g udang segar
- 3 biji bawang besar (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1 paket cili boh (250g)
- 1 buku kecil gula nisan (dihiris)
- 1/2 sudu besar pes asam jawa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng udang sebentar sahaja untuk memastikan ia kekal juicy. Jangan goreng terlalu lama, nanti udang akan keras. Setelah masak, angkat dan asingkan udang ke dalam pinggan.
2. Gunakan minyak yang sama (minyak bekas gorengan udang) untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan wangi.
3. Masukkan cili boh ke dalam tumisan bawang dan masak sehingga pecah minyak dan cili kelihatan garing. Jika minyak nampak kurang, boleh tambah sedikit minyak lagi untuk memastikan cili masak sepenuhnya.
4. Jika ingin sambal yang sedikit berkuah, tambahkan air mengikut keperluan. Kemudian masukkan gula nisan dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuah sambal dan gaul rata sehingga udang bersalut dengan kuah sambal. Biarkan seketika hingga udang menyerap rasa.
6. Sambal udang yang sedap kini siap dihidangkan!
Tips:
- Pastikan cili boh dimasak sehingga garing supaya sambal tidak mempunyai rasa mentah.
- Gula nisan menambahkan rasa manis yang seimbang, jadi pastikan ia tidak ditinggalkan dalam resepi.
Sumber: Hurun’Iin Malik
Baca lagi: Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Mudah Saja Nak Buat!