Categories: Resipi

Resipi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung Anti Gagal, Lembut & Tak Mudah Basi Walaupun Simpan Lama

Kalau sebut roti jala, memang ramai yang terus terbayang hidangan bersama kuah kari ayam atau kari daging yang pekat dan berempah. Pasti ramai yang mencari resipi roti jala lembut untuk dihidangkan pada hari raya yang bakal tiba.

Pasti ramai yang nak cuba buat roti jala sendiri di rumah, tapi risau tak menjadi. Ada yang terlalu tebal, ada yang putus-putus masa menjala, malah ada juga yang cepat keras bila dah sejuk. Tapi dengan sukatan yang betul, roti jala sebenarnya sangat mudah dibuat.

Resipi roti jala sukatan 1kg tepung ini memang sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil. Bancuhannya mudah, hasilnya lembut dan yang paling best, kalau tak habis makan pun roti jala masih lembut dan tak cepat basi. Jom cuba buat sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Kari Ayam Kerisik Yang Lain Dari Biasa, Kuah Pekat Berlemak Memang Padu!

RESIPI ROTI JALA LEMBUT DAN TAK MUDAH BASI

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 tin air (sukat guna tin susu yang sama)
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar. Tambahkan telur, susu cair, air, minyak masak, garam dan sedikit pewarna kuning.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati menggunakan whisk atau senduk supaya tepung tidak berketul.
  3. Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam blender dan kisar sehingga adunan betul-betul halus dan licin. Kisar secara berperingkat jika bancuhan banyak supaya blender mudah bergerak.
  4. Panaskan kuali non-stick di atas api sederhana. Untuk roti jala pertama, sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala, kemudian jala di atas kuali panas dengan gerakan bulat.
  6. Masak sehingga roti jala kelihatan kering dan mudah diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
  7. Angkat dan lipat roti jala mengikut bentuk yang disukai. Ulang proses sehingga adunan habis.

Sumber: Lizawati Suradi

Baca juga: Resipi Kuzi Ayam Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Memang Layan!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago