resepi kari ayam kerisik

Resepi kari ayam kerisik ini rupanya lagi sedap dari biasa. Penggunaan kerisik membuatkan kuah terasa lagi sedap, pekat dan berlemak.

Kalau ada yang nak cuba hidangan yang lain dari lain ini, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Khalif Khlif di bawah.

Baca juga: Cara Masak Ayam Sweet Sour Ala Restoran Cina, Rangup & Sedap Dengan Kuah Manis Pedas!

RESEPI KARI AYAM KERISIK

resepi kari ayam kerisik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong dan bersih
  • 2 biji kentang – potong besar
  • 3 sudu besar kerisik (sangai kelapa parut & tumbuk)
  • 4 sudu besar serbuk kari daging/ayam – bancuh dengan air jadi pes
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun kari
  • 200 ml santan pekat
  • 1½ cawan air
  • Garam, gula & perasa makanan
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit cili kering (ikut tahap kepedasan yang disukai)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan pes kari, kacau dan masak lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam separuh masak.
  4. Tambah air dan kentang. Reneh sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan santan dan kerisik, kacau rata dan kecilkan api.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Sesuaikan mengikut citarasa.
  7. Masak sehingga kuah pekat dan minyak naik ke permukaan.
  8. Siap dan sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam, Aroma Wangi Bunga Kantan & Daun Kesum Confirm Buka Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN