Categories: Resipi

Resipi Rendang Ayam Tua Cili Hijau, Punyalah Lembut Berlemak Sampai Boleh Makan Sepuasnya!

Rendang memang hidangan wajib bila nak jamu keluarga atau tetamu. Kali ini, kami kongsikan resepi rendang ayam tua dengan cili hijau segar yang buat kuah lebih pedas, wangi dan berlemak. Sesuai untuk yang suka rasa tradisional tapi nak kelainan sedikit.

Ayam tua dimasak perlahan dengan santan pekat, rempah ratus dan daun kunyit sehingga lembut. Hasilnya, setiap suapan penuh rasa, pedas manis, wangi rempah dan tekstur ayam yang empuk. Resipi ini mudah ikut dan pasti menjadi kegemaran keluarga!

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Simple, Sesuai Kalau Nak Cepat Waktu Raya

RESIPI RENDANG AYAM TUA CILI HIJAU

Bahan-bahan ayam dan rempah:

  • Ayam tua / ayam daging – 3 ekor, potong sederhana
  • Bawang besar – 8 biji
  • Bawang putih – 6-8 ulas
  • Serai – 16 batang
  • Lengkuas – 150g
  • Halia – 200g
  • Kunyit hidup – 6 pcs
  • Buah keras – 5 biji
  • Jintan manis – 2 sudu besar
  • Jintan putih – 2 sudu besar
  • Ketumbar – 2 sudu besar
  • Cili akar / cili api hijau – 250g
  • Cili hijau besar – 250g

Bahan-bahan rempah tambahan:

  • Kayu manis – 1 batang
  • Bunga lawang – 2 biji
  • Bunga cengkih – 3 biji
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Gula Melaka – 1 biji (pilihan)
  • Santan – 1 ½ kg
  • Minyak masak – 2 cawan (kalau guna santan kotak)
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Kerisik – secukupnya
  • Daun kunyit – potong halus

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan rempah hingga halus, tuang dalam kuali besar.

2. Masukkan ayam tua, gaul rata dengan bahan kisar.

3. Tambah kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Gaul sebati.

4. Masak atas api perlahan, kacau sekejap-sekejap supaya santan tidak pecah.

5. Masukkan gula Melaka jika suka manis.

6. Tuang santan, kacau rata.

7. Bila rendang hampir kering, masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

8. Tambah kerisik, kacau rata.

9. Kalau guna santan kotak, masukkan 2 cawan minyak supaya rendang berlemak. Santan segar tidak perlu.

10. Masukkan daun kunyit, kacau sebentar.

11. Bila ayam lembut dan kuah pekat, angkat dan hidangkan.

Tips Untuk Rendang Ayam Tua Sempurna

  • Ayam tua: Goreng ayam dulu, masak kuah hingga pekat baru masukkan ayam goreng.
  • Pedas mengancam: Tambah cili hijau atau cili padi ikut selera.
  • Versi biasa: Ganti cili hijau dengan cili kering, cara masak tetap sama.

Rendang ayam tua ni sesuai untuk majlis besar, jamuan raya atau makan keluarga. Kuah pekat, ayam lembut, aroma cili hijau memang buat semua orang terliur!

Selamat mencuba!

Sumber: Noora Sultan

Baca juga: Resepi Rendang Daging Tok Pekat Berempah, Masak Sekali, Makan Berkali-kali!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

6 hours ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

9 hours ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

9 hours ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

10 hours ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

11 hours ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

11 hours ago