Hujung minggu ini jom buat resipi roti canai yang sangat empuk dan semestinya garing. Memang layan makan bersama gulai sardin atau kari.
Buat sendiri lagi puas hati dengan hasil yang rangup di luar namun sangat lembut di dalamnya. Resipi ini juga menghasilkan sekitar 12 biji roti canai.
Mari baca perkongsian di bawah menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Apam Eno Tanpa Guna Yis, Lembut Gebu & Merekah Elok!
RESIPI ROTI CANAI EMPUK
Bahan-bahan untuk roti canai:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar margarin
- 1 cawan air suam (untuk uli dengan tangan)
- Jika menggunakan mesin, gunakan air sejuk
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan tepung, gula, garam, dan margarin.
2. Gaul rata dan pecahkan telur ke dalam campuran.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Uli sehingga doh menjadi licin dan sekata, lebih kurang 30 minit.
5. Bahagikan doh kepada bahagian kecil dan bulatkan.
6. Letakkan doh dalam bekas dan rendam dengan minyak.
7. Perap lebih kurang 2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi bagus. Untuk sarapan pagi, buat doh pada malam sebelumnya.
8. Gunakan dulang untuk menebar roti. Tarik doh perlahan-lahan sehingga nipis.
9. Gulung doh dengan kemas.
10. Leperkan doh sedikit sebelum masak atas kuali.
11. Masak dengan renjisan minyak sedikit sehingga roti masak dan garing.
12. Angkat roti dan kepuk-kepuk roti seperti penebar roti canai.
13. Hidangkan bersama gulai sardin atau kuah pilihan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatimah Ali
Baca juga: Cara Masak Ayam Phat Phet Pedas Memukau, Resipi Mesti Cuba!