cucur badak inti padat

Resipi cucur badak inti padat ini adalah sejenis kuih tradisional yang amat popular di kalangan masyarakat Melayu. Kuih ini menggunakan ubi keledek sebagai bahan utamanya dan diisi dengan inti kelapa yang dimasak dengan sedikit rasa pedas seperti kerisik.

Sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi atau minum petang. Untuk menyediakan kuih ini, pastikan anda menggunakan ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana ubi tersebut mempunyai rasa yang manis walaupun hanya direbus.

Baca juga: Tip Buat Kuih Ketayap Lebih SEDAP, Rongga-Rongga Kuih Itu Yang Main Peranan

Pada bulan Ramadan, kuih ini sering menjadi pilihan sebagai hidangan berbuka puasa. Biasanya, ia boleh didapati di gerai-gerai yang menjual sarapan pagi dan minum petang, serta di pasar malam dan gerai tepi jalan.

Untuk memastikan kelazatan cucur badak kekal lembut dan gebu, pastikan anda menggunakan kelapa segar sebagai inti kuih. Tanpa membuang masa, mari ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Zaleha Kakleha melalui laman Facebooknya.

RESIPI CUCUR BADAK INTI PADAT

cucur badak inti padat

Bahan kulit:

Bahan inti:

Cara-cara penyediaan:

Kulit:

  • Rebus keledek dengan sedikit garam.
  • Lenyek dan campurkan dengan 2 cawan tepung sehingga menjadi doh.

Inti:

  • Rebus dulu cili kering, serai, udang kering, jintan manis. Kemudian, blend hancur semua bahan.
  • Tumis bahan blend sampai naik bau.
  • Masukkan kelapa, gula dan garam. Masak sampai kering inti tapi jangan kering sangat nanti tak sedap.

Cara masukkan inti dalam kulit cucur badak:

  • Adunan keledek tadi dijadikan bulat, canaikan dan masukkan inti. Leperkan dan buat sampai adunan habis.
  • Kemudian goreng. Siap goreng dan boleh dimakan.

cucur badak inti padat

Kuih ini amat sedap apabila dimakan dalam keadaan panas. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Zaleha Kakleha

Baca juga: Kuih Labu Cina (Nan Gua Bing) Cara SIMPLE, Antara Kuih Tradisional Cina Yang Popular

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN