Roti bakar merupakan hidangan yang sesuai dinikmati semasa sarapan atau minum petang.
Ia bukan sahaja enak dan mengenyangkan, malah cara penyediannya juga cukup beraneka.
Jom kita cuba versi korea ini iaitu Roti Bakar Bulgogi Ayam.
Baca juga: Modal Hanya RM5, Resipi Roti Gebu ‘Simple’ dan Jimat Duit
Resipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar mayonis
- 450g paha ayam tanpa tulang, dipotong ketulan kecil
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh serbuk halia
- ¼ sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu besar gula perang
- ¼ cawan Air soda
- 2 ulas bawang putih
- ½ sudu besar cuka beras
- Minyak masak
- 40g daun salad atau daun bawang – dicincang
- 8 keping roti gandum yang sudah dibakar
Cara-cara membuatnya:
1. Perap ayam dengan semua bahan-bahan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
3.Untuk menghidang, sapukan mayonis pada setiap keping roti.
4. Letakkan sedikit daun salad di atas roti dan diikuti dengan bulgogi ayam dan taburkan sedikit daun bawang.
5. Akhirnya, tutup dengan sekeping roti lagi. Hidangkan serta merta.
Selamat mencuba.