putu mayam

Putu Mayam merupakan antara makanan tradisional India yang digemari oleh masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi.

Biasanya, kuih atau makanan ini dihidangkan bersama isi kelapa dan gula melaka.

Jom kita lihat cara membuat putu mayam yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish di bawah.

RESIPI PUTU MAYAM YANG LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
  • Pes pandan nona manis – jika nak rasa pandan & warna hijau
  • Untuk lapik: Boleh guna daun pisang semasa mengukus
  • Gula perang (brown sugar), Gula merah atau gula Melaka dihiris halus
  • Kelapa parut putih digaul dengan secubit garam

Cara-caranya:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.

2. Panaskan dan didihkan air terlebih dahulu.

3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung. Gaul rata.

4. Tutup api, masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.

5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.

7. Susun dalam pengukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Bila sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.

Kredit: Julia Aleen Aireish

Baca juga: Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN