Categories: Resipi

Resipi Premium Royal Thai Buttercake ‘Viral’ Yang Gebu, Licin & Sedap

Kek butter semakin menjadi kegilaan ramai sejak akhir-akhir ini. Kek butter ini juga dipanggil Premium Royal Thai Buttercake. 

Sesuai dengan nama, kek ini dipanggil premium kerana rupanya yang cantik bila dipotong. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau makan sendiri untuk minum minum petang.

Kalau nak jimat, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Ummu Yusud di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Premium Royal Thai Buttercake

Bahan A:

  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder

Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder

Bahan B:

  • 80 gram susu full cream/fresh milk
  • 1 sudu teh esen vanilla

Campurkan susu bersama esen vanilla.

Bahan C:

  • 4 biji telur gred B

Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul macam nak buat telur dadar. Timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja.

Bahan D:

  • 150 gram pure butter
  • 70 gram gula halus
  • 70 gula aising
  • 12 gram ovallete

Bahan E:

  • 1/2 sudu teh pewarna kuning lemon

Cara-caranya:

1. Satukan bahan D dan pukul menggunakan kelajuan paling tinggi.

2. Bila bahan D dah kembang dan berwarna putih, masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul menggunakan kelajuan paling tinggi.

3. Kemudian tukar kepada kelajuan yang rendah, masukkan pula bahan A berselang-seli dengan bahan B. Pukul sekejap menggunakan kelajuan sederhana.

4. Masukkan pula bahan E (optional), pukul sekejap sehingga sebati.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci.

6. Lorekkan adunan menggunakan lidi dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek.

7. Seterusnya sediakan loyang, kemudian lapik tisu. Basahkan dengan air.

8. Letak loyang berisi adunan kek tadi ke atas loyang yang dilapik tisu basah. Bakar kek pada suhu 160℃ selama 1 jam 15 minit atau mengikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali.

9. Bila kek dah nampak renggang sedikit dari loyang, tandanya kek dah masak. Tak perlu cucuk kek dengan lidi nanti berlubang sebab kita nak permukaan yang licin dan cantik.

10. Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang dan pindahkan ke atas papan kek. Selamat mencuba!

Kredit: Ummu Yusuf

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

22 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

23 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

23 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

24 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago