Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang dalam kuantiti banyak, tentu risau apabila semuanya masak serentak sehingga tidak sempat dihabiskan.
Sebenarnya, ada cara simpan pisang yang boleh dicuba supaya lebih mudah menguruskan stok buah di rumah. Menerusi perkongsian Noor Hafiza Mohamad di Facebook, beliau menunjukkan cara menyimpan pisang menggunakan beg ziplock agar lebih mudah diasingkan dan digunakan apabila diperlukan.
Baca juga: Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!
Bagi yang selalu membeli pisang dalam kuantiti banyak, tip yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan untuk menyimpan buah dengan lebih teratur.
Caranya cukup mudah kerana setiap sikat pisang akan dimasukkan ke dalam beg ziplock yang berasingan.
Berikut langkah penyimpanan yang dikongsikan:
Melalui cara ini, pisang dapat diasingkan mengikut kuantiti yang diperlukan. Lebih mudah juga untuk mengambil pisang apabila ingin menggunakannya tanpa perlu mengendalikan semua buah sekali gus.
Selain berkongsi cara menyimpan pisang, Noor Hafiza turut memberitahu bahawa beliau sering menyediakan cekodok pisang sebanyak dua hingga tiga kali seminggu.
Memang tidak dinafikan, cekodok pisang antara hidangan petang yang cukup digemari ramai. Apatah lagi apabila dihidangkan panas-panas bersama secawan kopi atau teh.
Jika mempunyai pisang yang sudah masak ranum, jangan terus membuangnya. Buah tersebut masih boleh dimanfaatkan untuk menyediakan cekodok pisang yang lembut dan manis.
Selain cekodok, pisang masak juga boleh digunakan untuk membuat lempeng pisang, kek pisang dan pelbagai hidangan lain.
Selain mengasingkan pisang menggunakan beg ziplock, terdapat beberapa perkara yang boleh diberikan perhatian ketika menyimpan buah ini:
Walaupun cara simpan pisang menggunakan beg ziplock ini memudahkan penyimpanan, ia tidak semestinya melambatkan proses pematangan buah.
Apa yang penting, jangan biarkan pisang yang dibeli begitu sahaja sehingga akhirnya terbuang. Dengan sedikit perancangan, pisang yang ada di rumah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pelbagai hidangan kegemaran keluarga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad
Baca juga: Tak Cepat Lembik, Ini Cara Menyimpan Lobak Merah Agar Tahan Hingga 4 Minggu Dalam Peti Ais
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…