buttercake versi coklat

Dah biasa makan kek butter kan? Kali ini min nak kongsi resipi buttercake versi coklat pula yang dinamakan  Premium Royal Thai Buttercake Coklat.

Sesuai dengan nama, kek ini dipanggil premium kerana rupanya yang cantik bila dipotong. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau makan sendiri untuk minum minum petang.

Kalau nak tahu rasa dia macam mana, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Ummu Yusud di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat

Bahan A:

  • 150 gram butter
  • 70 gm gula icing
  • 70 gram gula halus
  • 12 gram ovalette
  • 181 gram telur (pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)

Bahan B:

  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder
  • 20 gram serbuk koko

Bahan C:

  • 80 gram full cream milk/ fresh milk
  • 1 tsp esen creamy vanilla

Bahan lain:

  • 120 gram dark chocolate (dicairkan)
  • Loyang saiz 7 inci

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A kecuali telur. Putar semua bahan sehingga betul-betul kembang dan menjadi warna putih.
  2. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit, putar sekejap.
  3. Seterusnya dalam bekas lain, satukan semua bahan B.
  4. Dalam bekas lain juga, campurkan bahan C.
  5. Kemudian masukkan campuran bahan B berselang seli dengan bahan C ke dalam bahan A. Putar sekejap sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan colat yang telah dicairkan, putar sekejap.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyam. Lorekkan adunan guna lidi atau chopsticks dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.
  8. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
  9. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau mengikut oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Kredit: Ummu Yusuf

Baca juga: Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Cantik Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN