percik ikan kembung

Tak tahu nak masak apa? Jom kita sama-sama cuba resipi percik ikan kembung yang terlajak sedap ini.

Kalau tak cuba memang takkan tahu ‘kesedapan’ menu ini. Anak-anak pun dijamin suka dan makan berselera!

Ikut saja resipi lengkap perkongsian oleh Suhasnida Ismail di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap!

Bahan A:

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inchi halia
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • 2 inchi kunyit hidup
  • Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
  • 1 tbsp garam
  • 1/2 tbsp jintan manis
  • Secubit belacan (optional)
  • Sedikit air untuk kisar

Bahan B:

  • 8 biji bawang merah size 50sen
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
  • Secubit belacan

Bahan C:

  • 3 tbsp cili kering
  • 900ml santan pekat
  • 2 hiris asam limau/asam keping

Bahan D:

  • 2 tbsp garam bukit
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 tbsp gula kabung thai
  • 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

Cara penyediaan:

1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam.

percik ikan kembung

2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.

3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.

4. Masukkan bahan C.

5. Kemudian perasakan dengan bahan D.

6. Masak sampai mendidih & pekat.

percik ikan kembung

7. Bakar ikan atau ayam sampai masak.

8. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.

percik ikan kembung

9. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm size 2kg.

Kredit: Suhasnida Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN