martabak telur

Selain tepung pelita, martabak juga antara makanan yang dicari di bazar Ramadan. Namun, anda boleh buat resipi Martabak Telur yang mudah menggunakan kulit popia di rumah.

Martabak atau disebut juga sebagai murtabak di sesetengah tempat merupakan sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang ber­lapis dengan inti.

Selalunya, inti martabak menggunakan daging cincang, telur, rempah, bawang dan lain-lain. Namun, ada juga yang menggunakan ayam cincang semasa membuatnya.

Martabak sangat popular di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Selain itu, ia juga djual di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman.

Jika teringin makan martabak, orang akan mencarinya di pasar malam kerana ramai peniaga yang menjualnya, terutama ketika bulan Ramadan menjelma.

Sebenarnya, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi Martabak Telur yang dikongsikan oleh Fadhilah Khaulan di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Murtabak Daging Kulit Popia Tanpa Gagal, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

RESIPI MARTABAK TELUR KULIT POPIA

martabak telur

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, goreng bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing dan naik bau.

2. Selepas itu, masukkan telur dan kacau sampai telur hancur serta pecah semuanya.

3. Kemudian, letakkan inti telur yang siap dimasak tadi ke dalam kulit popia.

4. Seterusnya, balutkan sampai tertutup intinya dengan rapi.

martabak telur

5. Akhir sekali, goreng dengan sedikit minyak saja. Siap untuk dihidang!

Betapa mudahnya resipi Martabak Telur ini sampaikan anak-anak pun berebut makan dibuatnya. Paling menarik, anda tak perlu uli tepung kerana martabak ini boleh dibuat menggunakan kulit popia saja.

Paling penting, anda tak perlu gorengkan martabak ini di dalam minyak panas yang banyak kerana risau kulit popia akan mudah terkoyak. Jadi, gunakan sedikit minyak saja untuk menggorengnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Fadhilah Khaulan

Baca juga: Cara Buat Dim Sum Guna Kulit Popia Vietnam, Lebih Sedap Dari Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN