cara buat nasi beriani

Jika suka makan hidangan masakan Arab, semestinya anda akan teruja dengan cara buat Nasi Beriani ini. Resipinya bukan saja ringkas, malah mudah dimasak di rumah.

Nur Aisya telah kongsikan cara buat Nasi Beriani di Facebook dan hasilnya nampak sungguh menyelerakan. Jika teringin, bolehlah buat untuk keluarga tersayang. Jom kita cuba!

Baca juga: Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

CARA BUAT NASI BERIANI

cara buat nasi beriani

Bahan-bahan nasi:

  • Beras basmathi jenama Faiza Moghul (rendam ½ jam dan toskan)
  • Rempah beriani jenama Mak Siti
  • Bawang besar (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Tomato (dibuang biji dan dihiris)
  • Rempah 3 sekawan
  • Kiub pati ayam
  • Daun pandan
  • ½ susu tin sejat
  • Marjerin

Bahan-bahan ayam goreng mamak:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Tepung gandum
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Daun kari
  • Halia dan bawang putih (ditumbuk kemudian diperah jus ke dalam ayam)

Bahan-bahan dalca:

  • Rempah 3 sekawan
  • Dal (direndam sejam dan direbus empuk)
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Kentang
  • Isi ayam
  • Rempah kari
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Bawang putih, merah dan halia (dihiris)

Cara-cara memasak nasi beriani:

1. Panaskan marjerin dan tumis 3 sekawan, kemudian masukkan halia, bawang besar, tomato dan tumis sampai garing.

2. Masukkan rempah beriani dan daun pandan.

3. Masukkan kiub pati ayam dan garam, kemudian tumis sampai sebati.

4. Tambah air dan susu sejat dalam tumisan.

5. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bahan tumis tadi bersama air secukupnya.

6. Masak nasi seperti biasa.

Cara-cara memasak ayam goreng mamak:

1. Gaul sebati semua bahan sampai agak-agak bancuhan boleh melekat pada ayam.

2. Tunggu ½ jam.

3. Goreng sampai masak.

Cara-cara memasak dalca:

1. Tumis bawang putih, merah dan halia dihiris bersama daun kari dan rempah 3 sekawan.

2. Masukkan rempah kari dan serbuk kunyit, kemudian tumis sampai garing.

3. Masukkan isi ayam dan tunggu sampai ayam masak.

4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dal yang telah direbus bersama sayur dan tunggu sampai kentang empuk..

5. Perasakan dengan garam dan ajinomoto bersama 3 sudu santan. Siap untuk dihidang!

cara buat nasi beriani

Cara buat Nasi Beriani ini cukup lengkap bersama ayam goreng mamak dan dalca yang lazat. Apabila makan sepinggan, pasti nak menambah lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aisya

Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN