nasi putih telur dadar

Bangun sahur, terus terfikir nak buat hidangan cepat siap. Oleh itu, kami kongsikan salah satu Resipi Campak Campak menarik oleh MyResipi iaitu Nasi Putih Telur Dadar Berinti.

Ramai yang suka makan telur dadar dan nasi yang panas. Ditambah pula dengan kicap yang lazat, selera pada waktu sahur pun boleh terangkat dibuatnya.

Jika tiada idea hidangan pada waktu sahur, kami cadangkan anda cuba resipi yang istimewa daripada MyResipi ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

RESIPI NASI PUTIH TELUR DADAR BERINTI

nasi putih telur dadar

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masak dulu nasi putih supaya apabila telur sudah siap, boleh makan panas-panas.

2. Selepas itu, hiris dulu 1 biji cili padi untuk rasa pedas yang menyengat.

3. Kemudian dalam mangkuk, masukkan 1 biji telur bersama dengan 2 sudu besar sayur campur.

4. Masukkan cili yang sudah dihiris tadi, sedikit lada dan garam secukup rasa, kemudian kacau sampai sebati.

5. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.

6. Tuangkan adunan telur dan ratakan, kemudian goreng sampai cantik keemasan pada kedua-dua belah.

7. Agak-agak menggelembung sedikit, terus angkat dan hidangkan dengan nasi putih yang panas. Siap!

Resipi Nasi Putih Telur Dadar Berinti sangat mudah dibuat dan anda tak perlu gunakan banyak bahan sekalipun. Jadi, hidangan ini boleh dijadikan sebagai idea sahur di rumah.

Biasanya telur dadar dibuat secara kosong saja, tapi cara ini dapat membuatkan telur dadar anda nampak lebih menarik dan sedap dimakan bersama nasi yang panas.

Video penuh:

@myresipi Resipi Campak Sahur 2 | Nasi Putih + Telur Dadar Berinti Bahan-bahan: 1 biji telur 2 sudu besar sayur campur 1 biji cili padi (hiris) Garam & lada secukup rasa Sedikit minyak 1 pinggan nasi putih panas #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 ♬ original sound – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Kampung Ekspres, Campak-Campak Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN