cara buat agar agar

Tak sangka cara buat agar-agar awan ini cukup mudah. Gabungan agar-agar santan berwarna putih dan agar-agar bunga telang berwarna biru mencipta ilusi seolah-olah awan sedang terapung di atas langit.

Kombinasi unik ini menghasilkan hidangan pencuci mulut yang bukan sahaja sedap, tetapi juga cantik dipandang.

Bahagian santan atau ‘awan’ mempunyai tekstur yang lembut dan berkrim, sementara jelly bunga telang mempunyai rasa segar dan sedikit manis.

Resipi ini mudah diikuti dan memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati. Ia sesuai untuk dihidangkan pada majlis istimewa atau sebagai pencuci mulut harian.

Dengan langkah-langkah di bawah, anda boleh menyediakan hidangan ini dengan mudah di rumah. Jangan lupa cuba!

Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak

CARA BUAT AGAR AGAR AWAN

cara buat agar agar

Bahan-bahan bahagian santan (awan):

  • 200 ml santan
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 1 cawan air kelapa
  • Sedikit garam
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula (100g)

Bahan-bahan bahagian jelly bunga telan:

  • 10 kuntum bunga telang (dibasuh)
  • 1 cawan air panas
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula (100g)
  • 10g serbuk agar-agar

Cara-cara bahagian awan (santan):

  1. Sebatikan semua bahan hingga mendidih.
  2. Matikan api dan tuang ke dalam acuan berbentuk awan.
  3. Sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Cara-cara bahagian jelly bunga telang:

  1. Sebatikan semua bahan dan kacau hingga mendidih.
  2. Tuang lapisan pertama dalam 2-3 senduk dan tunggu selama 1-2 minit sebelum meletakkan beberapa ketul awan.
  3. Biarkan di luar.
  4. Masukkan bunga telang ke dalam 1 cawan air panas, kemudian tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam untuk mendapatkan air bunga telang (buat langkah ini sebelum membuat bahagian jelly).
  5. Masukkan air bunga telang ke dalam lebihan adunan jelly.
  6. Tuang beberapa senduk adunan dan letakkan beberapa ketul awan. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik dan ulang langkah yang sama hingga habis adunan.
  7. Sejukkan selama 2 jam dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali

Baca juga: Puding Karamel Pandan Yang Lembut & Wangi, Resipi Mudah Tanpa Guna Telur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN