Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Hainan Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Macam Dekat Kedai!

Resipi Nasi Ayam Hainan ini wajib dicuba. Ayamnya lembut, juicy dan berjus, manakala nasi pula wangi dan sedap. Resipi ini mudah diikuti di rumah dan hasilnya hampir sama seperti di restoran.

Hidangan ini lengkap dengan sos cili pedas manis dan sambal kicap yang menyelerakan. Sup ayam panas dan timun segar menjadikan setiap suapan lebih lengkap dan nikmat. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Nasi Air Thai Mudah Tapi Penuh Rasa, Sekali Makan Terus Nak Lagi!

RESIPI NASI AYAM HAINAN

Bahan rebusan ayam:

  • 1–1.2 kg ayam (asingkan kulit dan lemak bahagian bawah/tongkeng)
  • 1 pokok daun bawang besar
  • 2 kiub pati ayam
  • 10 cawan air
  • 3 hirisan halia
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan rebusan ayam:

  1. Dalam periuk besar, masukkan 10 cawan air, kiub pati ayam, hirisan halia dan daun bawang. Didihkan air.
  2. Basuh ayam sehingga bersih, sapukan 1 sudu kecil garam pada semua bahagian ayam. Masukkan ayam ke dalam air rebusan (pastikan ayam tenggelam sepenuhnya). Gunakan api sederhana (medium high) dan masak selama 40 minit. Buang buih rebusan yang terapung. Tutup api dan biarkan ayam direndam selama 20 minit dengan penutup periuk tertutup.
  3. Angkat ayam, potong dan asingkan tulang. Sapukan ayam dengan minyak bijan.
  4. Jangan buang air rebusan ayam kerana ia akan digunakan untuk memasak nasi dan boleh dijadikan sup semasa dihidang nanti.

Bahan nasi ayam:

  • 4 pot beras
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 kiub pati ayam (jika perlu)
  • Garam secukupnya
  • Air rebusan ayam (untuk memasak nasi)

Cara memasak nasi ayam:

  1. Masukkan kulit ayam dan 1 sudu besar minyak masak dalam periuk. Masak sehingga kulit keperangan.
  2. Tambah 1 sudu kecil minyak bijan dan bawang putih cincang. Tumis sehingga keperangan.
  3. Masukkan beras dan gaul hingga sebati dengan minyak dan bawang.
  4. Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras.
  5. Tambah garam atau kiub pati ayam jika perlu.
  6. Masak nasi hingga sempurna dan wangi.

Bahan sambal kicap:

  • ½ cawan kicap soya
  • 3 sudu besar chicken stock
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara buat sambal kicap:

  1. Gaul semua bahan sehingga sebati dan hidangkan bersama nasi ayam.

Bahan sambal cili:

  • 5 biji cili merah (buang biji)
  • 6 biji cili padi
  • 7 biji limau kasturi
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil gula
  • ½ cawan chicken stock
  • 25 gram halia
  • 1 ulas bawang putih

Cara buat sambal:

  1. Kisar semua bahan sehingga hancur. Hidangkan dalam bekas kecil bersama nasi ayam.

Cara buat sup ayam:

  1. Gunakan air rebusan ayam. Jika kurang, tambahkan air dan kiub ayam.
  2. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang.
  3. Boleh juga sediakan sup ayam mengikut cita rasa sendiri.

Cara hidang:

  1. Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili, soy sauce, timun dan semangkuk sup ayam. Sedia untuk dinikmati!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Cara Mudah Masak Nasi Goreng Cina Tanpa Perencah, Rasanya Tetap Padu & Wangi!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

15 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

16 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

18 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

19 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

22 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

22 hours ago