
Kalau anda suka makan di Chicken Rice Shop, pasti pernah makan menu sayur tauge kan? Sebenarnya, mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri resepi taugeh celur ini di rumah.
Rasanya yang rangup dengan wangi minyak bijan buat sesiapa saja akan jatuh cinta! Bahan yang diperlukan juga tak banyak, tapi hasilnya memang sedap dan menyelerakan bila dimakan dengan nasi panas.
Baca juga: Resipi Bawang Goreng Rangup, Ini Tips Kekal Krukk Krakk Walau Disimpan Berbulan-Bulan!
RESEPI TAUGEH CELUR

Bahan-bahan:
- 150 g taugeh
- 2 sudu besar air panas atau 2 sudu besar kuah sup jika dimakan bersama nasi ayam*
- ½ sudu kecil serbuk pati ayam (tidak perlu jika guna kuah sup)*
- ½ sudu kecil kicap pekat
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 ½ sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil minyak bijan atau minyak bawang putih
- Sedikit lada sulah
- Secubit garam (jika sos tiram yang digunakan tidak masin)
Cara membuat:
- Celur taugeh sekejap sahaja, lebih kurang 1 minit supaya kekal rangup. Toskan airnya dan ketepikan.
- Satukan bahan bertanda (*). Jika buat bersama nasi ayam, gunakan 2 sudu besar kuah sup sebagai ganti air panas.
- Masukkan bahan bertanda bintang bersama semua bahan lain, kacau hingga sebati untuk dijadikan sos.
- Tuangkan sos ke atas taugeh celur tadi dan gaul perlahan supaya rata.
- Sebelum dihidang, taburkan hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebagai hiasan.
Tip: Nak rasa lebih sedap, boleh tambahkan sedikit minyak bawang putih atau bawang goreng semasa menghidang. Aromanya memang membangkitkan selera!
Sumber: Azila Ibrahim
Baca juga: Resipi Mi Hailam Yang Terlajak Mudah, Masak Sendiri Puas Hati Dapat Sekuali!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














