nasi goreng cina resepi

Nasi goreng cina resepi ini sangat mudah, cepat dan sedap walaupun tanpa perencah segera. Rasanya ringan serta tidak pedas, tapi tetap cukup rasa dengan aroma wangi bawang putih serta minyak bijan.

Walaupun hanya guna bahan asas seperti bawang putih, telur dan sayur campur, hasilnya tetap menyelerakan! Lagi sedap kalau guna lebihan nasi sejuk semalam, sebabnya nasi jadi lebih berderai dan tidak lembik.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!

NASI GORENG CINA RESEPI TANPA PERENCAH

nasi goreng cina resepi

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan telur, kacau hingga sedikit hancur dan sebati bersama bawang putih.
  3. Tambahkan sayur campur dan gaul hingga sedikit layu. Jangan goreng terlalu lama supaya warna sayur kekal segar.
  4. Masukkan nasi sejuk sedikit demi sedikit, kemudian gaul rata supaya semua bahan sebati. Tekan-tekan nasi dengan sudip untuk pecahkan gumpalan, tapi jangan sampai hancur.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah mengikut cita rasa. Gaul hingga nasi berasap dan berkilat.
  6. Akhir sekali, tuangkan minyak bijan dan gaul perlahan supaya aromanya sebati dengan nasi.
  7. Siap untuk dihidangkan. Nasi wangi, lembut dan cukup rasa!

Sumber: Nor Juliyana

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Tak Letak Sebarang Sos Pun Tetap Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN