murtabak mini

Siapa yang setiap kali pergi pasar malam wajib beli murtabak? Sekarang anda boleh buat sendiri je murtabak mini kat rumah. Tak perlu susah-susah uli doh, guna kulit popia je untuk kulit.

Jom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Dianadiandra Diana di bawah. Makan satu confirm tak cukup! Laju je habis sepinggan anak-anak makan.

CARA BUAT MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 3 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (didadu)
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • Daun sup @ daun bawang
  • Isi ayam @ daging (dicincang)
  • Telur ayam 2 biji

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan rempah dan tuang sedikit air jangan terlalu banyak. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.

2. Pecahkan telur, kemudian masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti tadi ke dalam telur, gaul sebati.

3. Letak sedikit di atas kulit popia dan lipat seperti bentuk murtabak.

4. Goreng dalam periuk ajaib atau pan anti lekat dalam minyak yang sedikit. Balik-balikkan kedua-dua belah supaya masak rata.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Dianadiandra Diana

Baca juga: Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena ‘Lorek’ Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN