Categories: Resipi

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola ayam dan sayur-sayuran, memang cukup mengenyangkan untuk dijadikan hidangan tengah hari atau makan malam.

Resipi mi sup ini menggunakan bahan tumbuk seperti bawang putih, bawang merah, akar ketumbar dan lada hitam sebagai asas kuah. Gabungan bahan ini menghasilkan aroma yang harum dan rasa kuah yang lebih menyelerakan.

Menariknya, bahan tambahan seperti bebola, isi ayam dan sayur boleh dipilih mengikut selera masing-masing. Kalau suka rasa lebih istimewa, boleh juga hidangkan bersama minyak bawang putih dan sambal kicap. Jom cuba!

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

RESIPI MI SUP CAMPUR BEBOLA

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Akar ketumbar (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Isi ayam
  • Bebola
  • Sayur pilihan seperti lobak merah, sawi dan brokoli
  • Kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Garam atau perasa secukupnya
  • Sos ikan
  • Mi kuning

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, akar ketumbar dan lada hitam yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
  3. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan kiub ayam, bebola, serbuk lada sulah, sos tiram, sedikit minyak bijan dan sos ikan.
  5. Perasakan dengan garam atau perasa mengikut cita rasa masing-masing.
  6. Masukkan sayur pilihan seperti lobak merah, sawi dan brokoli. Biarkan sehingga sayur dan bebola masak.
  7. Untuk mi kuning, boleh masukkan terus ke dalam kuah apabila kuah sudah menggelegak atau celur secara berasingan sebelum dihidangkan.
  8. Sedia untuk dinikmati ketika masih panas. Lebih enak jika dimakan bersama minyak bawang putih dan sambal kicap.

Tip: Bahan tumbuk merupakan asas utama untuk menghasilkan kuah mi sup yang beraroma. Bahan tambahan dan jenis sayur pula boleh diubah mengikut selera masing-masing.

Sumber: Marlina Masrie

Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

34 mins ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

2 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

4 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

4 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

5 hours ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

5 hours ago