sotong kunyit

Kadang-kadang bila tak tahu nak masak apa, lauk simple pun dah cukup buat seisi keluarga berselera. Antara yang paling mudah dan cepat disediakan adalah sotong kunyit tumis lada hitam.

Kalau dah selalu sangat masak sambal sotong, apa kata cuba menu lain pula. Resipi ini dijamin senang nak ikut, tak banyak bahan dan tak ambil masa lama. Yang penting, anak-anak pun suka dan suami pun bertambah makan!

Baca juga: Resipi Sambal Sotong ‘Legend’ Macam Mak Kita Buat, Terasa Nostalgianya!

RESEPI SOTONG KUNYIT TUMIS LADA HITAM

sotong kunyit

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong sederhana besar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 10 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ kiub pati ayam
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar kicap lemak manis

Cara memasak:

  1. Siang sotong dengan membuang kulit, dakwat, mulut dan mata. Potong bulat, bilas bersih dan tos airnya.
  2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  3. Panaskan minyak lebih kurang 3 sudu besar. Tumis sotong yang sudah diperap tadi sekejap.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Gaul hingga sebati dan bawang mula layu.
  5. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau rata.
  6. Tuangkan sedikit air dan masukkan kicap lemak manis. Gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih seketika sehingga kuah sedikit pekat.
  8. Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Ain Aslem

Baca juga: Sotong Kukus Limau Paling Simple, Ikut Resipi Ini Pasti Selera Tergoda

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN