OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2 November hingga 1 Disember 2026, sekali gus memberi peluang kepada peminat dunia hiburan dan digital untuk memilih calon kegemaran masing-masing.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada edisi kali ini, merangkumi Pelakon Paling Viral, Penyanyi Gen Z Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Drama Paling Viral, Filem Paling Viral, Kelab Peminat Paling Viral dan Lagu Paling HOT.
Pemilihan calon bagi setiap kategori dibuat berdasarkan populariti serta pengaruh mereka dalam dunia hiburan dan digital, termasuk karya serta kandungan yang mendapat perhatian ramai. Senarai pencalonan ini turut melibatkan individu, karya dan kelab peminat yang mempunyai tarikan tersendiri di media sosial.
Baca juga: Qaisyah Khairunnisa Usia 9 Tahun Bergelar Juara Pentas Little Star SirapLimau, Raih 200,889 Undi!
Bagi peminat yang ingin mengetahui senarai calon sebelum mengundi, berikut merupakan 15 pencalonan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
1. Pelakon Paling Viral
Antara nama yang tercalon dalam kategori ini ialah Amir Ahnaf, Jazmy Juma, Aedy Ashraf, Yusry, Rosyam Nor, Tracie Sinidol, Zara Zya, Mimi Lana, Irfan Zaini, Zahiril Adzim, Sarimah Ibrahim, Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Chacha Maembong dan Fasha Sandha.
2. Penyanyi Gen Z Paling Viral
Kategori ini menampilkan Alpha, Insomniacks, Irfan Haris, Ammar Haikal, Haqiem Rusli, Syasya Rizal, Wani Kayrie, Iman Troye, Mary Grace, Aziz Harun, Umairah, Aisha Retno, Puteri Khareeza, Auddra dan Thalita.
3. Content Creator Paling Viral
Bagi kategori Content Creator Paling Viral, calon yang bersaing untuk meraih undian ialah Amin & Abid, Sam Lim & Parisa, Abang Minyak Jalanan, Abewee, Madnor, Ceddy Ang, Vokey, Spacedollah, Sir Badang, MR POV, Farah Deluna, Aminahtul Mardiah, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.
4. Peniaga Paling Viral
Sementara itu, kategori Peniaga Paling Viral menyaksikan persaingan antara Kek Lapis Hafiz, Dhira Nasi Lemak, Budak 46, Rizz Quesillo, Kak Ojie, Syakir Je, Opah Strawberry, Farah Dina, Atok Jajan, Pak Cik Tupperware, Tokey Coconut Candy, Durian Papa Muda, Kilos Cake, Kakak Naga dan Bonsha Bonshi.
5. Nepo Baby Paling Viral
Kategori Nepo Baby Paling Viral pula menampilkan Ammar Ahyan, Azeva, Zaki Yamani, Cik B, Auddra, Airit Rayyan, Leona, Amad Dayyan, Thalita, Nayla Mikayla, Faris, Merrah, Mia Sara Shauki, Ammara dan Adrian.
6. Drama Paling Viral
Sebanyak 15 drama turut tercalon dalam kategori ini, iaitu Khianat Yang Terpilih, Good Boys Go To Heaven, Bulan Henti Bicara, Kerana Cinta Itu Dusta, Aku Pilih Pelangi, Yes! Captain Zul Aaryan, Luka Di Hujung Setia, Dendam Seorang Mentua, Jiwa Seorang Pentaksub, Griya, Anom Suraya, Cinta Dalam Sekam, Ikatan Terlarang, Bidadari Tanpa Syurga dan Hening Cinta.
7. Filem Paling Viral
Bagi kategori Filem Paling Viral, pencalonan melibatkan Libang Libu, Polong, Ah Peng vs Liang Po Po, Mojoku Hilang, Chelot, Khadam, Tarung, Mikael Pemburu Dua Alam, Pewaris Susuk, Gayong, Kata Hati, Malaikat Malam, 5 Bomoh, Akad Yang Hilang dan Nar’sata Sekutu Setan.
8. Kelab Peminat Paling Viral
Tidak ketinggalan, kategori Kelab Peminat Paling Viral menampilkan 15 komuniti yang turut bersaing untuk mendapatkan undian, iaitu Siti Zoners, Alphanite, Budak 46, Tracestar, BASS, Rangers, Aination, Kinger Fear, Daiyanation, Lucky Fighters, Erystars, iDolla Ultras, Fazbulous Warrior, Aishalicious dan Mira Legacy.
9. Lagu Paling HOT
Untuk kategori Lagu Paling HOT pula, lagu yang tercalon ialah Aku Yang Salah nyanyian Drama Band, Break (Misha Omar), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Calar (Amir Masdi), Cinta Tersimpul Rapi 2026 (Intan Maya), Dalam Diam (Mojack Hafiz, Zaynakal dan Zamir Harith), Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno, Juliet (Akim & The Majistret), Kesuma (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kita Usahakan Lagi (Batas Senja), Menamakanmu Cinta (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ade), P Ramlee & Saloma (Alpha), Peluk (Nadeera & Hael Husaini), Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris) serta Sayang Orang Sama (Adira Suhaimi).
Untuk makluman, proses pengundian OhBulan! Paling Viral Online 2.0 dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dan Top 5.
Fasa pertama, Top 15, berlangsung dari 2 November hingga 1 Disember 2026. Seterusnya, fasa Top 5 akan dibuka bermula 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.
Peminat boleh mengundi calon pilihan masing-masing secara dalam talian dengan had maksimum sebanyak 50 undian sehari bagi setiap pengguna.
Kesemua pemenang bagi sembilan kategori tersebut akan diumumkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan! pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.
Dalam masa sama, kempen OBPVO 2.0 turut diperluas menerusi pelbagai platform digital termasuk TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital serta penerbitan artikel di portal.
Program ini juga mendapat sokongan menerusi kerjasama strategik dengan program bual bicara TV3, termasuk Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini. Selain itu, sesi temu bual bersama Hot FM dan Kool 101 turut menjadi sebahagian daripada kempen berkenaan.
Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini serta berkongsi sokongan kepada calon pilihan masing-masing menggunakan tanda pagar rasmi #ohbulanpalingviralonline2.0 di media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan mengundi calon pilihan, layari ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline2.0.
Baca juga: Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…
Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…