Categories: Resipi

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba. Hidangan ini sesuai dinikmati panas-panas, terutama bila mahu sesuatu yang lebih mengenyangkan untuk makan bersama keluarga.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menyediakan mi kuah untuk hidangan seisi keluarga. Menurutnya, hasilnya sedap dan mendapat pujian daripada ahli keluarga yang mencubanya.

Menariknya, ada yang menyamakan rasa kuahnya dengan mi bandung. Cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit, jadi boleh terus cuba bila teringin makan mi berkuah di rumah.

Baca juga: Resipi Mi Rebus Kuah Pekat, Tabur Keropok Lagi Nikmat Makan Ada Bunyi ‘Kriuk-Kriuk’!

RESIPI MI KUAH DAGING

Bahan-bahan:

  • Mi kuning
  • Daging (direbus)
  • Sawi
  • Daun sup
  • Cili padi atau cili merah
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Telur
  • Air rebusan daging

Bahan kisar:

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Simpan air rebusannya untuk dijadikan kuah.
  2. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak serta naik bau.
  4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, gula, garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
  6. Pastikan kuah agak banyak kerana ia akan menjadi lebih pekat selepas telur dimasukkan.
  7. Apabila kuah mendidih, pecahkan telur satu per satu ke dalam kuah. Biarkan seketika sehingga telur mula masak.
  8. Masukkan sawi dan biarkan hingga sayur sedikit layu.
  9. Letakkan mi kuning dalam mangkuk, kemudian cedok kuah bersama daging, sawi dan telur secara perlahan supaya telur tidak pecah.
  10. Taburkan daun sup dan cili padi atau cili merah jika suka. Mi kuah daging siap untuk dinikmati.

Sumber: Masni Haniza

Baca juga: Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

8 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

10 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

10 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

10 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

13 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

13 hours ago