Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba. Hidangan ini sesuai dinikmati panas-panas, terutama bila mahu sesuatu yang lebih mengenyangkan untuk makan bersama keluarga.
Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menyediakan mi kuah untuk hidangan seisi keluarga. Menurutnya, hasilnya sedap dan mendapat pujian daripada ahli keluarga yang mencubanya.
Menariknya, ada yang menyamakan rasa kuahnya dengan mi bandung. Cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit, jadi boleh terus cuba bila teringin makan mi berkuah di rumah.
Baca juga: Resipi Mi Rebus Kuah Pekat, Tabur Keropok Lagi Nikmat Makan Ada Bunyi ‘Kriuk-Kriuk’!
RESIPI MI KUAH DAGING

Bahan-bahan:
- Mi kuning
- Daging (direbus)
- Sawi
- Daun sup
- Cili padi atau cili merah
- Sos cili
- Sos tiram
- Kicap manis
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa
- Telur
- Air rebusan daging
Bahan kisar:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang putih
Cara-cara:
- Rebus daging sehingga empuk. Simpan air rebusannya untuk dijadikan kuah.
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak serta naik bau.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Biarkan kuah mendidih.
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, gula, garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
- Pastikan kuah agak banyak kerana ia akan menjadi lebih pekat selepas telur dimasukkan.
- Apabila kuah mendidih, pecahkan telur satu per satu ke dalam kuah. Biarkan seketika sehingga telur mula masak.
- Masukkan sawi dan biarkan hingga sayur sedikit layu.
- Letakkan mi kuning dalam mangkuk, kemudian cedok kuah bersama daging, sawi dan telur secara perlahan supaya telur tidak pecah.
- Taburkan daun sup dan cili padi atau cili merah jika suka. Mi kuah daging siap untuk dinikmati.
Sumber: Masni Haniza
Baca juga: Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

