Categories: Resipi

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu tebal sehingga isi ayam hampir tidak terasa, atau potongan ‘XL’ yang nampak besar tetapi sebenarnya lebih banyak bahagian tulang.

Buat sendiri di rumah supaya anda boleh menentukan saiz ayam, ketebalan salutan, dan rasa mengikut selera, tanpa perlu risau mendapat potongan yang lebih banyak kulit daripada isi.

Lebih puas apabila setiap gigitan terasa isi ayam yang rangup di luar, ditambah pula dengan serbuk tabur yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa.

Baca juga: Resepi Ayam Gunting Rangup Paling Juicy, Teknik Perap Susu Campur Cuka Buat Isi Lembut!

RESIPI AYAM GUNTING RANGUP

Bahan-bahan:

Bahan ayam:

  • 2 keping ayam
  • ½ sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • ¼ cawan air

Bahan salutan:

  • 1 cawan tepung ubi
  • ½ cawan tepung jagung
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Sedikit garam

Bahan serbuk tabur:

  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 cubit lada putih
  • 2 cubit gula halus
  • 2 cubit garam halus
  • 2 cubit serbuk pati ayam

Cara penyediaan:

  1. Belah dada ayam secara butterfly tanpa putus. Ketuk hingga nipis, kira-kira ½ cm. Lapik dengan plastik supaya lebih mudah.
  2. Masukkan ayam, serbuk pati ayam, lada sulah, garam, gula, telur, serbuk bawang putih dan air.
  3. Gaul sebati.
  4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Campurkan tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik, lada putih dan garam.
  6. Campurkan semua bahan serbuk tabur dan ketepikan.
  7. Salut ayam dengan campuran tepung hingga rata.
  8. Renjis sedikit air, kemudian salut semula dengan tepung.
  9. Panaskan minyak pada suhu 180°C. Goreng selama 5 minit dan terbalikkan setiap 15 saat.
  10. Angkat dan toskan selama 1 minit. Goreng semula selama 2 minit supaya lebih rangup.
  11. Angkat, toskan dan taburkan serbuk mengikut cita rasa.

Sumber: Threads @suhailanazeri_

Baca juga: Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Homemade Paling Rangup & Juicy, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

Izzati

Recent Posts

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

31 mins ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

7 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

7 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

7 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

7 hours ago

Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin kek coklat ketika cuti sekolah, tak perlu pening fikir resipi yang…

8 hours ago