Categories: Resipi

Cara Buat Mee Wantan Kicap & Dumpling Sup, Resipi Lengkap Dengan Bahan Sampingan Lain!

Kalau anda suka hidangan mi ala Cina yang halal dan sedap, mee wantan kicap ini memang wajib cuba! Mi yang kenyal disalut sos kicap pekat, digandingkan pula dengan dumpling sup dumpling, dumpling goreng dan beberapa bahan sampingan lain. Memang gabungan yang padu!

Kalau ada yang teringin nak cuba, boleh lihat resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Wawa Nazami di bawah. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Baca juga: Resipi Makaroni Sup Yang Ringkas Tapi Power, Kuah Padu Sampai Hirup Tak Berhenti!

RESIPI DUMPLING

Bahan dumpling:

  • 1 keping dada ayam (dikisar halus)
  • 10 ekor udang (dikisar halus)
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang dadu halus)
  • 1/2 inci lobak merah (dicincang dadu halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan hingga sebati dan perap selama 10 minit.
  2. Letakkan inti pada kulit dumpling dan kelim kemas.
  3. Kukus atau rebus selama 5 minit, kemudian toskan.

Nota: Kulit dumpling boleh dibeli di pasar raya seperti Giant atau Mydin (bahagian freezer/chiller).
Dumpling perlu dikukus atau direbus terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji pada kulitnya. Kalau terus dimasukkan mentah ke dalam sup, kuah akan jadi pekat dan berkanji.

RESIPI SUP DUMPLING

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 liter air
  • 1 kiub pati ayam
  • Dumpling yang telah direbus
  • 1 batang daun bawang (dihiris kasar)
  • 1/2 sudu teh minyak bijan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan air, kiub ayam dan dumpling. Biarkan mendidih.
  3. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan minyak bijan.

Nota: Jika ingin rasa lebih masin, boleh tambah sedikit garam.

RESIPI WANTAN MEE KICAP

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee wantan
  • Air panas untuk mencelur

Cara penyediaan:

  1. Ceraikan mee sebelum dicelur supaya tidak berketul.
  2. Celur dalam air panas selama kira-kira 5 minit.
  3. Toskan dan bilas dengan air masak supaya tidak melekat.

RESIPI SOS KICAP MI WANTAN

Bahan-bahan:

  • Mee wantan yang telah dicelur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 1 batang daun bawang (untuk hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua jenis kicap, sos tiram dan minyak bijan.
  2. Masukkan mee wantan dan gaul hingga rata.
  3. Hiaskan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

RESIPI DUMPLING GORENG

Adunan dumpling yang sama boleh digunakan untuk goreng atau buat sup, ikut cita rasa anda!

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng terus dumpling mentah tanpa perlu dikukus.
  3. Angkat apabila garing keemasan.

BAHAN SAMPINGAN UNTUK MI WANTAN

Bahan-bahan ayam:

  • 1 keping dada ayam (direbus terlebih dahulu)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara penyediaan ayam:

  1. Toskan ayam yang telah direbus.
  2. Gaul dengan campuran sos tiram dan kicap, kemudian perap seketika.
  3. Goreng hingga garing, sejukkan dan hiris nipis sebelum dihidangkan bersama mee.

Bahan-bahan sayur:

  • 3 pokok pak choy
  • Air panas untuk mencelur

Cara penyediaan sayur:

  1. Celur pak choy selama 1 minit.
  2. Toskan dan hidangkan bersama mee wantan.

Bahan-bahan kulit wantan goreng:

  • Lebihan kulit wantan
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat kulit wantan goreng:

  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng kulit wantan hingga garing dan keemasan.
  3. Toskan minyak dan hidangkan sebagai kudapan.

Bahan-bahan minyak bawang putih:

  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Minyak masak

Cara buat minyak bawang putih:

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  2. Goreng bawang putih hingga kekuningan, kemudian angkat.
  3. Jangan tunggu hingga bawang terlalu perang, nanti hangit dan pahit!

Cara hidangan adalah seperti di bawah, selamat mencuba!

Sumber: Wawa Nazami

Baca juga: Resipi Sos Black Pepper Chicken Chop, Guna ‘Bahan Ini’ Sebagai Ganti Tepung Untuk Pekatkan Kuah!

Wan N

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

3 days ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

3 days ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

3 days ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

3 days ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

3 days ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

3 days ago