sos lada hitam

Jom cuba buat sendiri sos lada hitam yang sedap macam di kedai western. Resipi ini sesuai untuk chicken chop, daging grill atau dijadikan sos serbaguna untuk masakan barat.

Cara penyediaan juga cukup mudah kerana tak perlu guna tepung gandum, tepung ubi atau tepung jagung. Rahsia kuahnya jadi pekat ialah dengan menggunakan ubi kentang rebus yang dikisar, hasilnya rasa lebih lemak dan manis semula jadi.

Bila sos lada hitam ini siap dimasak, baunya cukup membuka selera. Curah atas ayam bakar, daging atau kentang putar pun padu. Memang berbaloi buat sendiri sebab boleh ubah rasa ikut cita rasa sendiri!

Baca juga: Resipi Grilled Chicken Chop, Tak Guna Minyak Tapi Kulit Garing Elok!

RESEPI SOS LADA HITAM CHICKEN CHOP

sos lada hitam

Bahan-bahan:

  • Sedikit butter atau marjerin
  • 1 biji bawang Holland (saiz besar, potong wedges)
  • Lada hitam biji (dikisar halus)
  • Sos black pepper
  • Sedikit kicap pekat (untuk bagi warna lebih gelap)
  • Serbuk atau pes brown sauce (boleh guna apa-apa jenama yang ada)
  • Ubi kentang rebus (dikisar halus untuk pekatkan kuah)

*Boleh tambah hirisan cendawan butang kalau suka.

Cara-cara:

  1. Panaskan butter atau marjerin dalam kuali.
  2. Tumis bawang holland yang dipotong wedges hingga lembut dan naik bau.
  3. Masukkan lada hitam yang telah dikisar, sos black pepper dan kicap pekat. Kacau rata.
  4. Tambahkan sedikit air bersama serbuk atau pes brown sauce, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan ubi kentang rebus yang telah dikisar. Teruskan kacau sampai kuah jadi pekat dan berkilat.
  6. Perasakan ikut cita rasa. Kalau nak, boleh tambah sedikit garam atau gula.
  7. Siap! Tuang atas chicken chop goreng atau ayam panggang dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Puan Mardiah

Baca juga: Cara Buat Chicken Chop Homemade Guna Tepung Gandum, Hasilnya Kerak Cantik & Rangup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN