butter chicken

Resepi butter chicken memang menjadi kegemaran ramai, daripada budak-budak sampai ke orang dewasa. Kuahnya yang lemak berkrim, ada rasa pedas manja dan aroma daun kari memang susah nak tolak.

Cara nak buat pun senang saja, bahan yang diperlukan juga sangat ringkas. Kalau masak sendiri, boleh sesuaikan rasa ikut selera. Makan pula dengan nasi panas, memang dijamin licin pinggan!

Baca juga: Resipi Ayam Mangga, Rasa Masam Manis Pedas Yang Confirm Membuka Selera!

RESEPI BUTTER CHICKEN MUDAH DAN SEDAP

butter chicken

Bahan-bahan:

  • Dada/peha ayam buang tulang (potong dadu)
  • Tepung jagung
  • Serbuk kari
  • Garam

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • Setengah bongkah butter
  • Tepung jagung 1 sudu
  • Susu cair setengah tin
  • Pewarna kuning (jika ada)

Cara-cara goreng ayam:

  1. Perap ayam dengan serbuk kari dan garam.
  2. Bancuh tepung jagung (atau tepung bestari) dengan sedikit air.
  3. Celup ayam dalam bancuhan tepung dan goreng hingga rangup.
  4. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng.

Cara buat sos:

  1. Panaskan 1 sudu minyak masak.
  2. Masukkan bawang putih dan daun kari, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan mentega dan biarkan ia cair.
  4. Tambah susu cair, cili api dan pewarna kuning (jika guna).
  5. Kalau suka kuah yang sedikit pekat, bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam sos.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api, masukkan ayam goreng ke dalam sos.
  8. Gaul rata sampai semua mesra dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Murni Rahmat

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Henti Menyuap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN