pucuk ubi masak lemak

Bagi penggemar petai dan tempoyak, resipi Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai Dengan Udang ini memang wajib dicuba. Aroma tempoyak yang pekat dan bau petai yang menusuk pasti buat sesiapa pun tak sabar nak makan. Walaupun namanya agak panjang, cara masaknya mudah dan sesuai untuk hidangan keluarga.

Resipi ini menggabungkan rasa masam manis tempoyak, lemak santan dan manis segar udang, menjadikannya hidangan klasik yang sangat digemari. Sesuai dimakan bersama nasi panas, pasti membuatkan semua makan berselera.

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin Yang Buat Selera Terus Bangkit, Lauk Ringkas Tapi Padu!

RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK UDANG DENGAN PETAI

pucuk ubi masak lemak

Bahan utama:

  • 1 ikat pucuk ubi (hiris kasar)
  • 3 papan petai (belah dan buang biji hitam)
  • 10 ekor udang (bersihkan)

Bahan kisar:

  • 20 biji cili api
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 6 sudu besar tempoyak

Bahan lain:

  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Pilihan: daun kaduk untuk aroma lebih sedap

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus sekejap pucuk ubi yang telah dihiris kasar dan toskan.
  2. Kisar semua bahan kisar sehingga sebati. Jika suka tempoyak lebih pekat atau pedas, boleh tambah ikut cita rasa sendiri.
  3. Panaskan santan bersama tempoyak atas api sederhana. Masukkan serai, daun kunyit dan bahan kisar. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Tambahkan pucuk ubi dan petai, gaul sebati. Masak sehingga santan sedikit pekat.
  5. Masukkan udang dan masak sekejap sahaja supaya udang tidak keras dan tetap manis.
  6. Tambahkan garam secukup rasa. Jika ada daun kaduk, boleh masukkan pada tahap ini untuk aroma lebih wangi.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Resipi Nasi Arab Kabsah Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Ya Habibi Macam Makan Di Restoran!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN