cendawan hitam masak lemak

Cendawan hitam masak lemak ini biasanya dihidangkan di majlis kenduri, memang sedap dimakan dengan nasi panas. Pasti ramai yang belum pernah merasainya bukan?

Jika ada yang ingin tahu apakah rasa cendawan hitam ini, jom cuba masak sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Arlina Rosli di bawah.

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Panggang ‘Juicy’, Cara Mudah Bakar Guna Oven!

RESIPI CENDAWAN HITAM MASAK LEMAK DENGAN TELUR MASIN

cendawan hitam masak lemak

Bahan kisar:

Bahan-bahan lain:

  • Fungus (direndam terlebih dahulu)
  • 5 biji telur masin
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 kotak santan
  • 300ml air

Cara memasak:

  1. Kisar cili hidup dan kunyit hingga halus. Ketepikan.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama 300ml air. Masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Setelah air mendidih, masukkan fungus yang telah direndam, telur masin dan asam keping.
  4. Biarkan reneh sehingga telur masak dan fungus menjadi lembut.
  5. Masukkan santan perlahan-lahan ke dalam periuk.
  6. Biarkan masakan mendidih sebentar, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  7. Setelah kuah cukup rasa, tutup api. Masak lemak fungus hitam dan telur masin sedia untuk dinikmati bersama nasi panas!

Sumber resipi dan gambar: Arlina Rosli

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Rangup Confirm Jadi, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN