Categories: Resipi

Resipi Masak Lemak Pucuk Manis Campur Labu, Lauk Kampung Ringkas Buat Makan Tak Ingat Dunia!

Resipi masak lemak pucuk manis campur labu adalah hidangan kampung yang wajib dicuba. Gabungan pucuk yang lembut, labu yang manis semula jadi dan kuah santan berlemak memang cukup membuka selera. Lagi sedap kalau dinikmati panas-panas bersama ikan goreng.

Masakan ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati. Walaupun resipinya nampak sederhana, rasanya memang padu dan boleh buat sepinggan nasi bertambah tanpa sedar.

Rahsia kesedapannya terletak pada gabungan bawang, ikan bilis dan serai yang direbus bersama labu sebelum dimasukkan santan. Hasilnya, kuah menjadi lebih beraroma dan rasa lemaknya seimbang dengan kemanisan labu.

Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kampung Sedap & Tak Cepat Basi, Ratah Saja Pun Nikmat!

RESIPI MASAK LEMAK PUCUK MANIS CAMPUR LABU

Bahan-bahan:

  • Pucuk manis
  • Labu secukupnya
  • 1 batang serai (dititik)
  • Santan secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perasa (jika suka)

Bahan tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus labu bersama serai dan bahan tumbuk sehingga labu menjadi empuk.
  2. Masukkan pucuk dan biarkan seketika hingga layu.
  3. Tuangkan santan ke dalam periuk sambil dikacau perlahan supaya santan tidak pecah.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit perasa mengikut cita rasa.
  5. Masak sehingga kuah mendidih perlahan dan semua bahan sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Elza Zawaty

Baca juga: Cara Hilangkan Pahit Pucuk Mengkudu, Petua Tradisional Yang Ramai Tak Tahu

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago