kerabu pucuk paku simple

Resipi kerabu pucuk paku simple ini antara lauk kampung yang cukup membuka selera walaupun jarang-jarang kita masak di rumah. Gabungan pucuk paku yang dicelur segar bersama bahan-bahan kerabu lain buatkan rasa dia seimbang antara masam, lemak dan pedas.

Resipi ini lagi unik sebab ada tambahan isi ikan kembung, santan pekat, kelapa goreng dan kerisik yang buatkan rasa kerabu jadi lebih lemak berkrim. Bila makan dengan nasi panas, memang boleh tambah berkali-kali.

Walaupun nampak macam banyak bahan, namun cara penyediaannya sebenarnya sangat mudah. Yang penting, pucuk paku kena dicelur betul-betul supaya kekal hijau dan rangup bila dimakan.

Baca juga: Resipi Kerabu Pelam Telur Yang Buat Kecur Air Liur, Masam Pedas Rangup Padu!

RESEPI KERABU PUCUK PAKU SIMPLE

kerabu pucuk paku simple

Bahan-bahan:

  • 2 ikat pucuk paku (dicelur dan bilas air sejuk)
  • 2 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isi sahaja)
  • 1 bunga kantan (dihiris halus)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Asam limau (ikut tahap masam yang disukai)
  • 1/2 cawan santan pekat (didihkan terlebih dahulu)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • 1 cawan kelapa goreng
  • 7 ulas bawang merah (dihiris atau ditumbuk)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Celur pucuk paku sekejap dalam air panas sampai layu sedikit, kemudian terus rendam dalam air sejuk supaya warna hijau kekal cantik dan tekstur rangup.
  2. Rebus ikan kembung, asingkan isi dan hancurkan sedikit supaya mudah sebati dalam kerabu.
  3. Didihkan santan terlebih dahulu untuk elakkan kerabu cepat basi, kemudian sejukkan seketika.
  4. Tumbuk atau hiris cili padi bersama bawang merah, kemudian masukkan dalam mangkuk besar.
  5. Masukkan pucuk paku, isi ikan kembung, bunga kantan, kelapa goreng dan kerisik.
  6. Tuang santan yang sudah dididihkan bersama perahan asam limau.
  7. Gaul semua bahan hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa.
  8. Siap untuk dihidang. Lagi sedap makan dengan nasi panas!

Sumber resipi dan gambar: Niq Ain

Baca juga: Resipi Kerabu Telur Dadar Ala Thai Yang Segar & Masam Manis, Sedap Ratah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN